Aneka Resep Masakan Paling Lengkap Seluruh Dunia

Kamis, 30 Oktober 2014

Cucur Manis Kembong


Sana kembong... sini kembong.. waaa... kita pun nak merasa jugak. Apalah istimewa sangat cucur ni hingga hari-hari orang dok tayang sakan di FB.

Nak tahu apa keistimewaan cucur ni..?
emmm... paling utamanya cara membuatnya yang paling mudah!
Bahan yang di juganakan pula sehabis minima.. hanya tepung, garam, susu dan air panas..
Bayangkan dengan hanya beberapa bahan sahaja dapat menghasilkan cucur yang enak dan amat sesuai sebagai minum petang kami untuk hari ini.
Lagi satu ianya sangat unik kerana bila masuk dalam minyak panas dia akan kembong.. aaa... kerana itulah ianya di namakan cucur manis kembong.




Rasanya sedap! kalau budak-budak pasti suka.. bukan budak-budak aje.. mak budak pun suka jugak.. dah naik kembong perut makan cucur ni.. bertepatan pulak dengan namanya.. kaaannn..
Ia tak terlalu manis.. manisnya sedag-sedang aje.. kata orang manis-manis buah..

Bila makan tak boleh berhenti.. lagi sejuk lagi sedap di makan.. lembut sampai esok rasanya ni.. sebab teksturnya tu macam kenyal-kenyal sikit..

Bila ita amat-amati rasanya,  teringat ita akan lempeng manis yang mak selalu buat. Rasanya saling tak tumpah.. cuma mak ita buat versi lempeng cicah dengan sambal tumis atau gula melaka.. memang sedap!

Jom lah kita sediakan cucur manis kembung ni pula.. boleh buat sarapan untuk anak-anak esok pagi.


CUCUR MANIS KEMBONG
Resepi Oleh : Noraslinda Bugal

3 cawan tepung gandum
3 cawan air panas ~air mendidih
1/2 cawan susu pekat manis
secubit garam


Satukan tepung bersama garam dan susu pekat manis
Tuangkan air panas sedikit-sedikit, dan kacau dengan senduk atau sudu hingga adunan menjadi doh yang pekat dan melekat-lekat di tangan.
Biarkan doh sejuk

Panaskan minyak. Pastikan minyak benar-benar panas dengan api yang sederhana. Jika minyak panas ia akan cantik kembongnya dan tidak menyerap banyak minyak.
Ada dua kaedah untuk membentuk doh bulat-bulat

1. Basahkan tangan dengan air, ambil sedikit adunan sebesar guli ( kerana doh akan kembong ) bulat-bulatkan dan terus masukkan dalam kuali.

2. Bagi mereka yang takut minyak merecik bila kita gunakan air bolehlah basahkan tangan dengan minyak makan. Kaedah yang sama juga ambil sedikit adunan dan bentukkan bulat, kemudian masukkan dalam minyak panas.

Senantiasa balik-balikkan cucur dalam kuali supaya cantik bulatnya
Bila dah kuning keemasan bolehlah di angkat
Lapiskan dengan tisu dapur supaya minyak meresap pada tisu.
Sedia di nikmati.






Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+
Tags :

Related : Cucur Manis Kembong